7 Strategi Pemasaran Restoran Untuk Menarik Pelanggan

Kejayaan sesebuah perniagaan restoran tidak hanya bergantung kepada lokasi dan menu yang disajikan.

Ia juga turut bergantung kepada strategi pemasaran yang digunakan bagi menarik perhatian pengunjung untuk datang menjamu selera di restoran anda.

Sememangnya diakui, setiap perniagaan perlu memiliki strategi yang tersendiri dalam menaikkan ranking perniagaan mereka agar dikenali oleh orang ramai.

Strategi yang digunakan perlulah realistic agar ia dapat menarik bilangan pelanggan.

Untuk memasarkan produk anda, sebaik – baiknya ia menggunakan kos yang rendah tambahan pula jika anda baru sahaja memulakan perniagaan.

Kepada anda yang sedang mencari – cari strategi pemasaran untuk restoran anda, bolehlah mencuba pelbagai strategi yang dikupaskan di sini.

1. Bina Blog

Menulis blog adalah lebih mudah berbanding membina laman web sendiri jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk menulis.

Penggunaan blog juga adalah percuma dan anda boleh kongsikan apa sahaja maklumat berkaitan restoran anda.

Rajin – rajinkanlah meninggalkan jejak di blog lain dan jemputlah blogger lain untuk meninggalkan jejak di blog anda juga.

Secara tidak langsung para blogger menyedari kewujudan restoran anda dan sudah pasti mereka tertarik dengan sebarang promosi yang anda masukkan ke blog anda.

Anda boleh mencuba Blogger ataupun WordPress sebagai blog anda kerana ianya adalah percuma dan menjimatkan.

2. Maklumat Baru Di Laman Web Anda

Lantik seorang admin untuk kemaskini informasi atau aktiviti terkini di laman web anda setiap minggu.

Sentiasa pantau maklumbalas pelanggan di laman web anda dan layani setiap soalan yang diajukan.

Balas dalam masa yang singkat agar pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk sebarang jawapan. Jangan terkejut jika ranking laman web anda tiba – tiba meningkat ya !

3. Berikan Kad Diskaun atau Baucar Percuma

Cara paling mudah membuatkan pelanggan setia mengunjungi restoran anda adalah dengan memberikan kad diskaun dan baucar percuma sebagai penghargaan.

Ia boleh diberikan kepada pelanggan yang datang menjamu selera ataupun yang sering memberikan komen – komen positif di laman web anda.

Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai meninggalkan komen positif dan dapat menarik pengunjung baru yang tertarik dengan komen yang ditinggalkan.

Pasti mereka ingin mencubanya !

4. Mengadakan Kuiz Secara Online

Anda boleh mengadakan kuiz secara online di laman web anda.

Ia turut menarik minat pelanggan untuk menyertainya.

Sediakan soalan kuiz yang ringkas berkenaan menu di restoran anda dan sediakan hadiah menarik buat para pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan betul.

Sudah pasti ramai yang ingin menyertainya malah anda pasti tidak menjangkakan pengunjung restoran anda akan bertambah dua kali ganda.

5. Rakamkan Video Anda Di YouTube

Rakamkan video live anda bersama menu istimewa yang terdapat di restoran serta rakamkan suasana persekitaran dan kongsikan video tersebut di Youtube agar dapat ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.

Pastikan video anda dirakam dengan bersahaja dan unik supaya dapat menarik perhatian pengunjung baru.

Link kan juga video tersebut di laman web anda ataupun kongsikan di laman sosial seperti di Facebook dan Instagram.

Tak salah mencubanya !

6. Mempromosi Ketika Pelanggan Sedang Menunggu Atau Sedang Menunggu Di Talian

Pelanggan yang membuat sebarang panggilan ke restoran anda boleh disajikan dengan iklan menarik di talian.

Perdengarkanlah rakaman yang mempromosikan menu terbaru di restoran anda, ataupun promosi diskaun setiap hidangan sementara menunggu panggilan mereka dijawab oleh pihak yang berkenaan.

Promosi melalui talian ini sekurang – kurangnya menggamit rasa ingin cuba di kalangan para pelanggan.

7. Review Pelanggan

Minta pelanggan meninggalkan review di laman web anda.

Review yang positif pasti menarik pengunjung lain untuk turut berkunjung ke restoran anda.

Sekiranya anda mendapat review yang negatif, cuba siasat dan dapatkan maklumat terperinci berkenaan review tersebut.

Sekurang – kurangnya anda tahu tentang kekurangan perkhidmatan restoran anda dan boleh diperbaiki lagi.


Sudah selesai membaca kesemua strategi pemasaran yang disenaraikan di atas ?

Penulis pasti anda telah pun mendapat idea seterusnya bagi menarik pengunjung ke restoran.

Mungkin salah satu strategi yang disenaraikan boleh digunakan.

Namun tidak salah jika anda mencuba kesemua strategi pemasaran yang disenaraikan.

Manalah tahu dengan menggunakan strategi pemasaran yang diberikan, anda boleh membuka cawangan restoran baru pula untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin ramai.

Selamat mencuba !

Baca Lagi: 

9 Strategi Online Marketing untuk Restoran Anda!
8 Idea Pemasaran Online Untuk Restoran

Anda ingin meletupkan jualan restoran anda? RasaHub.com merupakan platform restoran Malaysia yang wajib anda kunjungi. Kejayaan demi kejayaan dapat dilihat apabila restoran-restoran di platform ini apabila kewujudan restoran mereka disedari ramai dengan melalui Internet. Lihat bagaimana kuatnya pengaruh Internet zaman sekarang. Apa tunggu lagi, cepat-cepat daftarkan restoran anda bersama RasaHub!