Masyarakat kini sangat sinonim dengan dunia IT seiring dengan perubahan zaman yang menjadikan teknologi sebagai salah satu keperluan harian.

Dengan adanya teknologi bukan sahaja dapat memudahkan pelbagai urusan jual beli, malah dapat membantu kita mencari tempat – tempat makan menarik yang terdapat di kawasan sekitar.

Jika anda sebagai salah seorang pengusaha restoran, sebaiknya gunakanlah teknologi IT sebagai salah satu cara pemasaran produk yang terdapat di restoran anda.

Kebanyakan pelanggan lebih gemar melayari internet untuk mendapatkan sesuatu kemudahan termasuklah tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Anda boleh mencuba 8 idea pemasaran online untuk restoran anda agar dapat menarik ramai pengunjung.

1. Bina Sebuah Laman Web Bergerak (Mobile)

Adalah penting untuk anda membina sebuah laman web berkisar tentang restoran anda.

[su_quote]Laman web anda seharusnya boleh dilayari dengan mudah terutama sekali bagi pelanggan yang menggunakan telefon bimbit.Laman web yang responsif memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat melalui telefon bimbit.[/su_quote]

Maklumat di laman web anda seharusnya mudah dicapai oleh pelanggan dan maklumatnya haruslah sentiasa dikemaskini oleh anda, ataupun pentadbir sistem yang telah dilantik oleh pihak anda.

2. Mengiklan Menu Di Dalam Talian

Menu anda merupakan sumber pemasaran kedua terpenting.

Sebagai pengusaha restoran, anda mungkin pernah membelanjakan beribu ringgit untuk mengiklankan menu restoran anda melalui risalah ataupun papan – papan iklan.

Namun begitu, dengan adanya teknologi yang lebih canggih, anda boleh mengiklan dengan menggunakan kos yang lebih murah atau secara percuma sahaja. Malah iklan anda boleh dilihat oleh seluruh masyarakat di dunia.

Iklan anda boleh diakses dari seluruh dunia 24 jam sehari. Anda pula boleh membuat pesanan secara online tanpa perlu membuang masa untuk hadir ke restoran. Tunggu sahaja pesanan anda tiba di depan pintu rumah ya !

3. Media Sosial Penggunaan

Mengiklankan restoran anda di media – media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Google merupakan salah satu langkah penting sebagai strategi pemasaran online yang lebih berjaya.

Para pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang promosi akan datang, tawaran insentif untuk pelanggan setia atau ahli kelab restoran anda, malah mereka juga boleh berkomunikasi secara terus dengan pihak restoran melalui ruang media sosial yang disediakan.

Perkongsian maklumat melalui media sosial dapat meluaskan jenama restoran anda serta menarik pelanggan secara maya seterusnya dapat menambah bilangan pelanggan restoran anda.

4. Bangunkan Pangkalan Data Pelanggan

Anda hanya akan mensia-siakan teknologi yang ada sekiranya tidak membina satu pangkalan data mengenai pelanggan, pengunjung laman web serta sasaran pelanggan.

Maklumat yang disimpan di dalam pangkalan data boleh digunakan untuk tujuan promosi dengan menghantar emel mengenai promosi yang akan diadakan.

Ia bertujuan menarik perhatian para pelanggan untuk berkunjung serta menikmati promosi yang akan diadakan.

Promosi melalui emel tidak menggunakan kos yang tinggi, malah ia dapat menyampaikan mesej yang berkesan kepada pelanggan dan menarik perhatian para pelanggan untuk berkunjung ke restoran anda.

5. Menyebarkan Maklumat Restoran Anda Secara Digital

Antara salah satu kegunaan internet pada masa kini adalah sebagai penyebaran maklumat yang lebih efisien serta lebih cepat.

Jadi, gunakanlah internet untuk menyebarkan atau mengwar-warkan maklumat tentang restoran anda dari segi konsep yang digunakan, menu hidangan yang anda sajikan, serlahkan kelainan yang ditonjolkan oleh restoran anda, cipta logo yang menarik serta menunjukkan brand anda yang tersendiri.

6. Mengoptimumkan Enjin Carian

Anda perlu mengoptimumkan kata kunci yang relevan dengan restoran anda supaya apabila pelanggan membuat carian di internet, laman web anda mendapat rating tertinggi dan pelanggan akan dapat melihat laman web anda terlebih dahulu.

7. Online Survey serta Reward

Anda boleh mengadakan online survey di laman web untuk mendapatkan maklumbalas tentang restoran anda.

Sebagai menghargai kerjasama serta maklumbalas dari para pelanggan, anda mungkin boleh reward mereka dengan memberikan baucar makanan ataupun diskaun untuk menu terpilih di restoran anda.

8. Mengadakan Promosi serta Insentif

Setiap orang pasti sangat menyukai promosi serta insentif.

Iklankan promosi anda di laman web anda.

[su_quote]Pemberian insentif ternyata mampu menarik pelanggan baru, menggalakkan pelanggan mencuba menu – menu baru yang disajikan serta dapat menggalakkan pelanggan untuk berkunjung ke restoran anda dengan lebih kerap.[/su_quote]

Promosi serta insentif yang boleh anda adakan seperti promosi buy one free one, free dessert ataupun diskaun 50% untuk pesanan hidangan kedua.

Sudah pasti pelanggan yang melihat iklan ini akan tertarik dengan tawaran yang diberikan.


Sudah pasti anda boleh menggunakan idea – idea ini sebagai salah satu strategi pemasaran untuk restoran anda. Yang pastinya kini semua maklumat boleh diperolehi dari hujung jari sahaja.

Dengan adanya internet, kini anda tidak perlu bersusah payah mengiklan serta mempromosikan restoran secara konvensional yang tidak lagi relevan dengan perubahan masakini.

Ingin tahu apakah strategi terbaik untuk memasarkan restoran anda? Baca sini.

 

Anda ingin meletupkan jualan restoran anda? RasaHub.com merupakan platform restoran Malaysia yang wajib anda kunjungi. Kejayaan demi kejayaan dapat dilihat apabila restoran-restoran di platform ini apabila kewujudan restoran mereka disedari ramai dengan melalui Internet. Lihat bagaimana kuatnya pengaruh Internet zaman sekarang. Apa tunggu lagi, cepat-cepat daftarkan restoran anda bersama RasaHub!

Berikan Komen Anda