Strategi pemasaran adalah sangat penting bagi mempromosikan sesuatu produk kerana ia mampu menarik pelanggan untuk mencubanya. Tidak dinafikan banyak cara – cara konvensional digunakan bagi mempromosikan sesuatu produk itu.

Namun, seiring dengan perubahan dan kemajuan teknologi, kini strategi pemasaran mula dipertingkatkan dan ia ternyata lebih berkesan berbanding pengiklanan secara konvensional.

Beberapa strategi promosi restoran secara online mampu menarik pelanggan dari dalam dan luar negara. Perniagaan restoran lebih terkesan dengan adanya promosi online yang menggunakan media sosial sebagai pengiklan terbesar di abad ini.

Media sosial semestinya mempunyai pengaruh yang besar seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin meningkat maju. Pemasaran secara online dilihat lebih mudah disebarkan berbanding penyebaran secara konvensional dan mempunyai impak yang lebih positif.

[su_quote] Dalam mempromosikan restoran melalui media sosial, penyebaran maklumat melaluinya lebih mudah dan lebih cepat kerana ia telah menjadi salah satu alat pemasaran yang lebih efisien dan mampu mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesuatu iklan.[/su_quote]

Berikut merupakan beberapa strategi pemasaran restoran secara online yang boleh digunakan bagi meningkatkan reputasi restoran anda.

1. Promosikan Iklan di Laman Web atau Blog

Promosikan menu – menu menarik yang terdapat di restoran anda di laman web sendiri ataupun mengiklankannya di laman web seperti Google Adwords, Facebook Ads, Instagram Ads, Twitter Ads dan lain – lain website yang sering dikunjungi orang ramai.

Adalah lebih baik jika anda memiliki laman web atau blog tersendiri bagi mempromosikan restoran serta menu menarik yang disajikan di restoran anda.

Menu – menu dengan harga promosi boleh diiklankan di laman web anda. Pastikan laman web anda mempunyai kata     kunci yang relevan dengan restoran anda dan boleh menarik pengunjung ke laman web anda.

2. Menjemput Food Bloggers Tempatan

Anda boleh menjemput beberapa orang food blogger tempatan untuk membuat review tentang menu yang terdapat di restoran anda. Review yang positif dapat meningkatkan reputasi restoran anda.

Kebiasaannya Food Bloggers akan menulis review yang positif sekiranya berpuas hati dengan hidangan menu serta perkhidmatan yang diberikan oleh restoran anda.

Kebiasaannya para pengunjung akan mendapatkan food review terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sesebuah restoran.

3. Pemantauan Review Pelanggan

Setiap perniagaan mempunyai reputasi yang tersendiri. Oleh itu, hendaklah anda sentiasa mendapatkan maklumbalas tentang kepuasan pelanggan mengenai restoran anda.

Setiap maklumbalas pelanggan biasanya disebarkan secara online seperti viral, yang lebih mudah menyebarkan pelbagai maklumat ke seluruh dunia.

Lihat contoh Restoran Burger Bakar Abang Burn, bagaimana mereka membawa pelanggan restoran memberi review kepada restoran tersebut. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik pelanggan lain ke restoran anda!

Sebaiknya pastikan anda mendapat review yang positif dari setiap pelanggan bagi mendapatkan sambutan hangat dari para pengunjung.

4. Bina Fungsi Tempahan Online di Laman Web Anda

Bina fungsi tempahan online di laman web anda bagi memudahkan pelanggan membuat   tempahan meja.

Sesetengah pelanggan lebih gemar untuk membuat tempahan secara  online berbanding menghubungi melalui telefon untuk membuat tempahan.

Ia lebih menjimatkan masa pelanggan kerana tidak perlu menunggu panggilan dijawab oleh pihak restoran.

5. Promosi Melalui Emel

Buat promosi melalui emel kepada pelanggan – pelanggan yang pernah berkunjung ke   restoran anda ataupun kepada para pelanggan yang pernah meninggalkan alamat emel di ruangan pelawat di laman web anda.

6. Reward Buat Pelanggan di Media Sosial

Berikan reward kepada pelanggan yang sentiasa mengikuti perkembangan dan memberi sokongan terhadap restoran anda di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog, laman web dan sebagainya.

Antara reward yang boleh anda berikan adalah seperti menu hidangan utama percuma, baucar makanan, menu dessert percuma dan sebagainya yang dirasakan sesuai.

Anda haruslah mengwar-warkan iklan reward ini kepada umum supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk sentiasa setia mengikuti perkembangan restoran anda serta memberikan review – review yang menarik melalui laman web atau blog.

7. Mengadakan Kuiz atau Pertandingan

Anda boleh mengadakan beberapa kuiz atau pertandingan buat para pelanggan anda secara online mengenai restoran ataupun menu di restoran anda.

Kuiz atau pertandingan yang diadakan mampu menarik pelanggan terus setia malah dapat menarik pelanggan baru ke restoran anda.

Sediakan hadiah atau insentif yang mampu menarik minat lebih   ramai pengunjung ke restoran anda.

8. Menyediakan ruangan Selfie Spot di Restoran Anda

Sememangnya ramai yang menggemari aktiviti selfie ketika bertemu rakan – rakan dan keluarga di mana sahaja dan dikongsikan di media sosial.

Kebiasaannya mereka yang   sering berselfie ini akan berkongsi aktiviti yang sedang dilakukan, tempat – tempat menarik ataupun restoran yang menarik dikunjungi mereka. Anda boleh menyediakan satu ruang yang sesuai untuk pengunjung berselfie di restoran anda.

Kebiasaannya mereka yang gemar berselfie ini akan kongsi gambar yang dirakam ke media sosial seperti Facebook dan Instagram. Secara tidak langsung ia turut mempromosikan restoran anda secara percuma. Mudah bukan ?

9. Wifi Percuma

Menyediakan wifi percuma di restoran anda mampu menarik pengunjung dengan lebih   ramai lagi.

Kebiasaannya pengunjung yang datang akan menjamu selera sambil melayari internet.

Perkhidmatan wifi yang disediakan diwar-warkan dengan mudah kepada rakan – rakan pengunjung lain dan dapat menarik pengunjung – pengunjung baru.

Ini juga merupakan promosi    percuma tentang restoran anda tanpa perlu mengeluarkan kos pengiklanan yang tinggi.


Inilah beberapa cara yang boleh anda gunakan bagi mempromosikan restoran anda kepada para pelanggan.

Ia juga mampu menyebarkan iklan ke seluruh dunia serta menarik pengunjung dari luar negara.

Rasanya pemilik restoran tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk tujuan promosi, namun kebijaksanaan dalam mempelbagaikan cara serta strategi bagi menarik pengunjung untuk datang menjamu selera adalah penting.

Sekurang – kurangnya ia telah menjimatkan kos pengiklanan.

 

Anda ingin meletupkan jualan restoran anda? RasaHub.com merupakan platform restoran Malaysia yang wajib anda kunjungi. Kejayaan demi kejayaan dapat dilihat apabila restoran-restoran di platform ini apabila kewujudan restoran mereka disedari ramai dengan melalui Internet. Lihat bagaimana kuatnya pengaruh Internet zaman sekarang. Apa tunggu lagi, cepat-cepat daftarkan restoran anda bersama RasaHub!

Leave a Reply