3 Cara Mudah Membina Laman Web Perniagaan

Saya faham, nak bina laman web sangat complicated dan pening kepala.

Setuju tak apabila saya katakan,

Bina page di Facebook lagi mudah daripada membina laman web.

Memang betul pun, tetapi kedua-dua platform (Facebook dan laman web) mempunyai fungsi yang berbeza.

Bak kata Irfan Khairi, Facebook adalah untuk berinteraksi dengan pelanggan dan laman web pula adalah untuk menjual produk perniagaan anda.

Di sini, saya boleh jamin apabila anda membaca sehingga habis artikel ini, anda mampu untuk membina laman web anda dengan mudah dan pantas.

Baik mari kita beralih ke topik utama kita.

Membina laman web bukanlah suatu kerja yang rumit seperti ramai orang sangka.

Zaman yang moden ini terdapat pelbagai sumber yang anda boleh dapatkan bagi membantu anda membina laman web sendiri dengan mudah.

Maka di sini, saya ingin memberikan anda 3 cara bagaimana anda boleh membina laman web tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.

1. Beli Domain Name

Domain Name secara ringkasnya adalah jenama atau identiti kepada laman web anda. Seperti laman web ini, Domain Name kami adalah “rasahub” dan merupakan nama kepada laman web kami. Untuk perniagaan anda, anda boleh gunakan www.Nama-Restoran-Anda.com.

cara mudah membina laman web
Sumber: Marketing Land

Kalau anda mempunyai laman web di Blogspot atau WordPress.com, apa yang anda gunakan itu adalah BUKAN Domain Name anda, kerana nama restoran anda terletak pada sebelum Blogspot atau WordPress.com.

Anda hanya menumpang pada nama mereka sahaja. Cth: Nama-Restoran-Anda.blogspot.com. Kedudukan nama restoran anda ini dikenali sebagai Sub-Domain (“www” juga digelar sebagai Sub-Domain).

Cara untuk mendapatkan Domain Name ini adalah dengan membeli daripada syarikat yang menjual Domain Name. Ianya sangatlah mudah, anda boleh dapatkan daripada syarikat penjual seperti GoDaddy, Exabytes, Siteground atau pelbagai lagi penjual Domain Name.

Domain Name kebiasaannya perlu dibayar setahun sekali dengan purata harga RM50 setahun. Kadang-kadang mereka boleh jual dengan harga yang serendah RM4 untuk tempoh setahun!

TIP: Untuk memudahkan anda, saya sarankan anda untuk menggunakan penjual domain dan Hosting Provider (lihat seterusnya) yang sama. Jika tidak, anda perlu lakukan menukarkan DNS name servers anda daripada penjual domain kepada Hosting Provider anda.

2. Langgan Hosting Provider

Hosting Provider adalah syarikat yang akan menjaga laman web anda. Fungsi mereka adalah untuk menyimpan data laman web anda sebelum disampaikan kepada bakal pelanggan anda. Anda perlukan tempat untuk meletak data-data perniagaan anda.

Mungkin anda akan lebih faham:

Anda boleh ibaratkan Hosting Provider ini adalah seperti sebuah rumah, dan laman web anda adalah seperti sebuah bilik di dalam rumah tersebut. Bilik tidak akan boleh ada dengan sendirinya tanpa mempunyai rumah.

Manakala Domain Name pula adalah ibarat diri anda (seperti yang disebut pada point no.1, ia seperti identiti/nama laman web anda). Anda boleh berdiri sendiri tetapi tidak boleh hidup kalau tidak mempunyai bilik/rumah.

Hosting Provider (rumah) akan memberikan anda platform untuk membina dan menghiasi laman web (bilik) anda.

Terdapat pelbagai syarikat Hosting Provider yang anda boleh pilih dengan kepelbagaian harga yang diberikan. Untuk permulaan, saya cadangkan anda mengambil pakej Shared Hosting kerana harganya yang sangat rendah (bermula dari RM15 sebulan).

Antara yang saya boleh cadangkan adalah : SiteGround, ServerFreak, Exabytes, InMotion, BlueHost atau HostGator. Laman web RasaHub menggunakan SiteGround untuk mengendalikan laman web ini.

cara mudah membina laman web
Sumber: thinglink.com

Apa yang penting:

Mengetahui dimanakah data center atau syarikat itu dikendalikan. Ianya penting kerana ia akan memberi kesan kepada prestasi dan kelajuan laman web anda. Pastikan data center Hosting Provider tersebut berhampiran dengan sasaran pelanggan anda. Sekiranya sasaran pelanggan anda di Malaysia, pastikan anda memilih data center yang ada di Malaysia. Lagi dekat data center tersebut dengan pelanggan anda, lagi cepat laman web anda untuk muncul.

Siteground mempunyai data center di Singapore dan sesuai untuk digunakan bagi perniagaan di Malaysia. 

Seperti yang diberitahu oleh Fast Company, setiap satu saat lambatnya kelajuan laman web Amazon, ia akan menyebabkan mereka kerugian jualan sebanyak $1.6 Billion!

Cara mudah membina laman web
Sumber: FastCompany.com

Ia adalah disebabkan apabila pelanggan Amazon terasa penat untuk menunggu laman web itu untuk muncul, mereka akan pindah ke laman web pesaing yang lain seperti eBay atau Etsy.

Maka, penting untuk anda pastikan laman web anda mempunyai kelajuan yang cukup laju supaya pelanggan tidak penat menunggu untuk mendapatkan informasi daripada laman web anda.

Anda boleh mengira tahap prestasi laman web anda di GTmetrix dan lihat apakah isu yang berlaku yang menyebabkan laman web anda tidak capai lebih dari 90% Google PageSpeed (YSlow merujuk kepada Yahoo PageSpeed).

Berikut adalah prestasi laman web RasaHub.com apabila saya uji laman web ini pada RasaHub-GTmetrix. Anda boleh lihat laporan penuhnya di sini.

Di RasaHub, saya membina laman web ini untuk memastikan ia berfungsi dengan laju pada kos yang rendah (Shared Hosting). Saya tidak memakai pakej yang mahal-mahal pun!

Konklusi:

Memastikan Hosting Provider anda adalah berhampiran dengan lokasi sasaran pasaran anda.

TIP: Prestasi laman web bukanlah semata-mata bergantung pada Hosting Provider sahaja, ianya hanyalah sebahagian sahaja daripada punca kelajuan laman web. Plugins, gambar dan optimization adalah penting untuk lebih meningkatkan kelajuan laman web anda. Kerana topik ini panjang, saya tidak akan bincangkannya dalam artikel ini.

3. Bina Laman Web

Peringkat yang ditunggu-tunggu, membina laman web anda!

Setelah anda melanggan daripada Hosting Provider, anda sudah boleh membina laman web anda!Oh, sebelum itu, anda perlu minta Hosting Provider untuk install WordPress untuk laman web anda. Ini adalah disebabkan terdapat pelbagai lagi platform lain yang anda boleh gunakan seperti Joomla atau Drupal, tetapi bagi saya, WordPress adalah yang paling mudah.

Zaman sekarang, kebanyakan Hosting Provider sudah mempunyai teknologi yang dimana WordPress dengan mudah boleh di-install dengan kaedah WordPress 1-Click Installer mereka. Seperti laman web ini, ia juga menggunakan kaedah yang sama.

cara mudah membina laman web
Sumber: Siteground

Apabila WordPress anda sudah siap, anda boleh gunakan tema percuma yang WordPress sediakan atau membeli tema premium yang dijual oleh ThemeForest untuk mendapatkan tema yang lebih cantik dan sesuai dengan tema perniagaan anda.

Penting untuk anda fikirkan bagaimanakah anda ingin kekalkan jenama perniagaan anda melalui pemilihan tema yang sesuai dengan mesej yang anda sampaikan daripada perniagaan anda. Tema laman web yang sesuai dengan jenama restoran anda pastinya akan menjadikan pelanggan anda mudah untuk mengingati perniagaan anda.

Masukkan maklumat perniagaan anda selengkap yang mungkin supaya pelanggan anda mendapat informasi yang secukupnya untuk membuat keputusan membeli daripada anda.

Konklusi

Maka sudah siap laman web anda!

Mudah kan? Ya memang sangat mudah. Kalau dulu memang agak susah kerana terlampau banyak perkara teknikal yang perlu kita lalui sebelum kita dapat membina laman web kita.

Sekarang? Dengan hanya beberapa langkah sahaja anda sudah mempunyai bilik (laman web) anda sendiri untuk perniagaan anda terus hidup.

Antara Hosting Provider yang saya cadangkan (mengikut keutamaan):

  1. Siteground
  2. Exabytes
  3. ServerFreak

Itu sahajalah 3 cara mudah untuk membina laman web anda daripada saya.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau perlukan bantuan dalam membina laman web, anda boleh hubungi kami di Facebook page kami di RasaHub atau boleh hubungi terus di admin@rasahub.com.

Berikan komen anda di bawah.

Leave a Reply