Salam dan Hi!

Apa khabar semua?

Kami harap anda dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Ini merupakan artikel yang pertama oleh RasaHub dan di dalam artikel ini, kami ingin menerangkan sedikit tentang latar belakang RasaHub.

Restoran Digital ditubuhkan adalah untuk memberi inspirasi dan kesedaran kepada para usahawan restoran di luar sana, khususnya di Malaysia, untuk meningkatkan lagi prestasi restoran mereka bukan sahaja di kawasan mereka sahaja, tetapi di seluruh Malaysia.

Sesuai dengan nama yang diberikan, RasaHub, visi kami adalah untuk membawa semua restoran di Penang ke dalam dunia Internet.

Blog ini adalah sebagai platform untuk kami berkongsi maklumat tentang tips-tips yang berguna untuk para pemilik restoran amalkan bagi meningkatkan lagi jualan restoran mereka.

Kami sedar bahawa ramai di antara penggemar-penggemar makanan sering merungut tentang kesukaran untuk mereka membuat research terlebih dahulu terhadap sesebuah restoran sebelum mereka kunjungi restoran tersebut. Ini menimbulkan perasaan was-was ke dalam hati mereka sama ada hendak pergi atau tidak ke sesebuah restoran itu, khususnya bagi restoran yang mereka belum pernah pergi lagi.

Bakal pelanggan sudah pasti inginkan kepastian atau jaminan kualiti yang mereka akan dapat ketika mengunjungi sesuatu restoran itu. Mengikut kajian, hanya 50% sahaja yang memberi feedback yang positif selepas mengunjungi restoran tersebut buat pertama kalinya. Ini adalah banyak disebabkan kekurangan informasi di atas talian yang menyebabkan mereka memilih sesebuah restoran tanpa usul periksa.

Keperluan untuk setiap restoran sentiasa up-to-date dengan teknik pemasaran semasa adalah penting. Di zaman millineal ini, kepelbagaian teknologi canggih yang wujud dapat membantu mereka mencari restoran pilihan mereka daripada hujung jari mereka sahaja.

Dengan adanya pelbagai jenis enjin pencari di luar sana, amatlah rugi sekiranya usahawan restoran tidak menggunakan platform internet sebagai platform pemasaran utama mereka.

Oleh itu, RasaHub mengambil langkah yang kecil untuk memberi inspirasi kepada para usahawan-usahawan restoran di luar sana, supaya lebih terus maju dan mengembangkan lagi kemajuan restoran mereka secara atas talian.

Di dalam blog ini, kami akan kongsikan sebanyak mungkin tips pemasaran di internet yang terbaik dan sesuai dengan industri restoran ini. Sekiranya, anda sebagai pemilik restoran mengamalkan setiap tips yang kami berikan, kami boleh janji bahawa penjualan restoran anda akan meningkat dengan mendadak.

Niat kami adalah untuk menolong dan memajukan lagi industri ini. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai pendapat atau ingin menyumbang idea kepada kami, kami sangat alu-alukan kata-kata daripada anda.

Terima kasih.

 

Berikan Komen Anda