Nak naikkan jualan setiap bulan sangat sukar bila pelanggan asyik taknak datang kedai.

Anda mesti dah biasa dengan situasi ni kan?

Tapi, boleh setuju tak apabila kami katakan:

Strategi pemasaran yang betul dan kreatif adalah kaedah terbaik untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Ramai pelanggan, banyaklah jualan, maka bertambahlah keuntungan..

..betul?

Jadi dalam artikel kali ini, kami dapat guarantee anda…

..sekiranya anda mengamalkan setiap satu ataupun sekurang-kurangnya hanya satu daripada strategi pemasaran kami ini..

..pasti jualan restoran anda akan meningkat secara mendadak.

Sebelum kita masuk ke topik utama, jom tanya balik, apa itu strategi pemasaran?

Strategi pemasaran restoran adalah kaedah yang digunakan untuk membina landasan dan taktikal aktiviti pemasaran supaya objektif jualan sesebuah restoran itu dapat dicapai dengan jayanya.

Terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran sama ada secara online ataupun offline.

Namun, dalam artikel ini, kita akan lebih fokus pada strategi pemasaran online sahaja.

Sekadar untuk pengetahuan anda:

Dalam dunia pemasaran tradisional, strategi pemasaran 4P sering digunakan sebagai strategi pemasaran yang utama, iaitu Product, Price, Place dan Promotion.

Strategi pemasaran yang digunakan oleh restoran di Malaysia telah berubah dengan adanya kemajuan teknologi digital.

Kini, restoran tidak lagi mengharapkan kaedah tradisional yang selalu digunapakai untuk menjadikan restoran tersebut popular.

Sesebuah restoran yang berjaya itu adalah boleh diibaratkan sebagai pokok yang tumbuh mekar..

..ingin mengembangkan dahan-dahannya ke pelbagai arah bagi meningkatkan lagi capaian cahaya matahari.

…dan cahaya matahari itu dianggap sebagai pelanggan.

Bagaimana pokok ingin hidup kalau bukan dengan cahaya matahari kan?

Haa..

Begitulah juga dengan restoran anda tidak akan mampu diteruskan tanpa pelanggan sekiranya anda tidak mengembangkan restoran anda melalui strategi pemasaran melalui pelbagai medium.

Walaubagaimanapun, hanya sebahagian sahaja restoran yang menggunakan kaedah yang betul dalam aktiviti pemasaran mereka.

Sebahagian lagi?

Tidak..

..mereka masih lagi bersusah payah untuk memperbetulkan strategi pemasaran mereka.

Jadi di manakah anda?

Sebahagian yang sudah berjaya..

..atau yang masih pening kepala bagaimana ingin dapatkan strategi pemasaran restoran yang betul?

Melihat kepada pesaing dalam industri restoran meningkat saban tahun, dan 60% kadar kegagalan sesebuah restoran, adalah sangat PENTING untuk anda perbetulkan strategi pemasaran restoran anda dengan tepat.

Kami telah jalankan kajian yang terperinci sebelum menulis artikel ini untuk sebab apa sesetengah restoran itu gagal walaupun mempunyai hidangan yang sedap…

…sementara restoran atau pesaing mereka berjaya dengan kualiti hidangan yang biasa-biasa sahaja.

Hasil kajian kami telah menunjukkan hidangan yang sedap semata-mata bukanlah kayu ukur berjayanya sesebuah restoran itu.

Tanpa strategi pemasaran yang lengkap dan tepat, sesebuah restoran itu sudah pastinya sukar untuk berjaya dan diketahui orang ramai.

Jadi, kali ini, RasaTips ingin memberikan anda 9 strategi pemasaran yang terbukti berjaya dalam meningkatkan jualan restoran anda lagi.

1. Sosial

Kita berada di era yang mana makanan menjadi subjek utama dalam laman media sosial.

Restoran yang tidak menggunakan laman media sosial sebagai platform untuk menarik pelanggan boleh dikatakan mengalami kerugian yang teruk.

Kenapa?

Kalau kita lihat, bagaimana rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi ini berinteraksi di dalam laman media sosial…

…mereka sering berkongsi gambar atau video (zaman sekarang dah ada Snapchat, InstaStory, Facebook Live) dan pelbagai lagi kaedah perkongsian bersama rakan-rakan mereka.

Sekiranya anda tidak mempunyai laman media sosial yang aktif seperti Facebook Page atau Instagram, bagaimana anda ingin berkongsi gambar-gambar hidangan restoran anda bukan?

Jadi, di sini kami ingin nasihatkan anda untuk buat:

  1. Buka akaun Facebook atau Instagram
  2. Tingkatkan Followers seramai yang mungkin.
  3. Hantar gambar-gambar hidangan menarik restoran anda.
  4. Interaksi dengan bakal-bakal pelanggan anda.
  5. Ulang.

Laman media sosial adalah strategi pemasaran yang baik untuk menambahkan lagi potensi pelanggan restoran anda.

2. Laman Web

Mempunyai sebuah laman web untuk restoran anda adalah ibarat mempunyai restoran di seluruh Malaysia.

Haa.. Kenapa kami kata begitu?

Seramai 20 Juta rakyat Malaysia mempunyai akses ke Internet.

Bukankah sekiranya anda mempunyai laman web membuatkan restoran anda boleh dilihat oleh semua orang yang mempunyai akses ke Internet di Malaysia ini?

Strategi pemasaran melalui laman web ini membuka peluang lebih besar untuk bakal pelanggan berminat untuk datang ke restoran anda.

Laman web boleh digunakan sebagai tempat untuk anda simpan gambar-gambar hidangan restoran anda, berikan menu restoran anda, memberikan maklumat restoran seperti nombor telefon, alamat dan peta restoran anda, dan pelbagai lagi.

Namun begitu, mempunyai laman web sahaja tidak cukup sekiranya jenama anda dan kualiti laman web tersebut tidak dipaparkan dengan baik.

Ini adalah strategi pemasaran ringkas membina sebuah laman web untuk restoran anda:

  1. Beli Domain dari mana-mana syarikat domain. (GoDaddy, Exabytes, dll)
  2. Pastikan nama domain itu sama dengan nama restoran anda.
  3. Langgan mana-mana hosting provider (ServerFreak, Exabytes, Siteground, dll) mengikut bajet anda.
  4. Install WordPress dan gunakan Theme percuma. (Jika anda inginkan Theme premium, kami boleh berikan anda secara percuma, boleh Hubungi Kami jika berminat)
  5. Mula untuk mengisi maklumat ke dalam laman tersebut dengan maklumat-maklumat mengenai restoran anda.
  6. Promosikan laman web anda dengan kaedah berbayar (FB Ads, Google Ads, dll) atau secara percuma (SEO).

3. Portal Tempat Makan

Portal Tempat Makan adalah satu trend yang kini telah menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Bakal pelanggan tidak perlu lagi susah payah mencari apakah restoran terbaik yang sesuai dengan pilihan mereka, kerana portal tempat makan mempunyai pelbagai jenis restoran yang menepati citarasa mereka.

Salah satu portal tempat makan yang sedang berkembang dan dalam proses meningkatkan bilangan restorannya adalah RasaHub..

..iaitu laman web yang kami kendalikan bagi membantu usahawan restoran seperti anda untuk mendapatkan pelanggan dari seluruh Malaysia.

Sekiranya anda seorang yang tidak mempunyai masa untuk membina dan kendalikan laman web, portal tempat makan adalah platform yang sangat efektif untuk anda gunakan.

Selain daripada mendapat ribuan pelawat laman web sebulan secara percuma…

…portal tempat makan seperti RasaHub menyediakan pelbagai kemudahan yang lain seperti sistem tempahan, sistem penjualan kupon dan banyak lagi yang menarik.

Perkembangan teknologi internet memudahkan para pelanggan berhubung dengan sesebuah restoran.

Portal tempat makan adalah contoh strategi pemasaran restoran yang mudah dan cepat untuk anda dapatkan pelawat datang ke restoran anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai kewujudan secara online, terlepaslah peluang untuk anda mengambil kesempatan atas ribuan bakal pelanggan yang datang ke sesebuah portal makanan itu.

4. Emel

Pemasaran melalui emel adalah salah satu strategi pemasaran restoran yang sangat efektif.

Ia adalah teknik untuk ‘pancing’ pelanggan anda untuk datang semula ke restoran anda.

Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk dapatkan emel pelanggan anda.

Tetapi ada caranya:

Sekiranya anda mempunyai laman web atau lama sosial media, mudah untuk anda dapatkan emel pelanggan anda melalui aplikasi atas talian sahaja.

Namun, sekiranya anda tidak mempunyai antara dua itu, anda boleh meminta emel bakal atau pelanggan anda secara berhadapan.

Melalui pemasaran emel, anda boleh berikan pelanggan anda hidangan-hidangan terbaru yang disediakan oleh restoran anda.

Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengunjung restoran anda dan galakkan mereka untuk datang berkali-kali!

Apa yang anda perlu buat:

Ini sahaja:

  1. Buka akaun emel (Kami galakkan Gmail, sekiranya anda mempunyai laman web, gunakan nama domain anda, sekiranya anda tidak pasti, kami boleh bantu)
  2. Jika mempunyai emel pelanggan anda, boleh mula untuk mengarang ayat Power dan hantar kepada mereka.

5. Blogger

Antara strategi pemasaran restoran yang viral sekarang ini adalah dengan memanggil mana-mana blogger yang banyak sebut tentang makanan untuk bercerita tentang restoran anda.

Pada masa kini, sudah banyak syarikat-syarikat media yang membantu para restoran untuk mencipta fenomena sesebuah restoran itu.

Sama ada melalui video atau pun blog penulisan.

Anda pernah lihat Vitdaily atau Vocket buat liputan restoran?

Haa..

Itulah teknik pemasaran melalui blogger ini.

Sebagai seorang pengusaha restoran, anda boleh mengambil kesempatan blogger-blogger yang mempunyai ribuan follower ini untuk menyebarkan jenama anda lagi.

Mungkin anda boleh memberi mereka sedikit bayaran ataupun makanan percuma sebagai upah kepada mereka?

6. Peraduan

Contoh strategi pemasaran online untuk restoran anda yang keenam adalah melalui kaedah peraduan.

Peraduan merupakan antara cara terbaik untuk anda hebahkan jenama restoran anda kepada orang ramai.

Jika anda tidak pandai untuk membuat secara online, kami cadangkan anda buat secara offline.

Ini caranya:

Fikirkan satu bentuk peraduan yang anda boleh gunakan untuk membawa nama restoran kepada ramai orang. Sebagai contoh, anda boleh membuat pertandingan seperti Share & Menang yang di mana, pelanggan restoran anda menangkap gambar hidangan restoran anda (bersama nama restoran anda tertera di dalam gambar itu juga), dan sesiapa yang mempunyai Share yang terbanyak akan memenangi hadiah. Hadiah mungkin boleh berbentuk kupon ataupun wang tunai.

Ini hanyalah contoh sahaja.

Namun..

..sebuah bentuk peraduan atau pertandingan boleh jadi viral dengan mudahnya dengan kemajuan teknologi masa kini.

7. Insentif

Berdasarkan kata-kata seorang tokoh yang terkenal, Seth Godin, “Idea yang tersebar luas akan menang.”

Apakah maksudnya?

Ramai pelanggan datang ke sesebuah restoran itu disebabkan rakan-rakan atau keluarga mereka yang recommend kepada mereka.

Anda boleh mengambil kesempatan atas tindakan tersebut untuk memperkuatkan lagi strategi pemasaran restoran anda.

Caranya:

Berikan insentif kepada pelanggan anda sekiranya mereka share hidangan restoran anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarga mereka melalui laman media sosial.

Bayangkan..

..sekiranya 10 pelanggan mempunyai beratus atau beribu follower setiap seorang, berkongsi tentang pengalaman baik dan hidangan yang menarik di restoran anda..

..kami dapat guarantee akan ada sebahagian dari keluarga atau rakan mereka akan ingin mencuba apa yang restoran anda tawarkan!

8. Pemasaran Media Sosial

Kalau tadi kita bincangkan tentang kelebihan mempunyai laman media sosial.

Tidak guna kalau anda mempunyai laman media sosial tetapi tidak gunakan sebaik mungkin sebagai tulang belakang strategi pemasaran restoran anda.

Kini, sudah ramai sifu-sifu yang bijak dalam pemasaran media sosial seperti Irfan Khairi ataupun Najib Assadok, namun..

..adakah anda pernah mengikuti kelas-kelas mereka?

Mereka banyak menekankan kepentingan pemasaran media sosial.

Kenapa?

Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa terluang mereka di hadapan laman media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Sekiranya anda tidak menggunakan medium-medium seperti ini untuk tujuan pemasaran…

…anda akan terlepas untuk alihkan perhatian mereka ke restoran anda.

Sama ada anda ingin upah atau buat pemasaran media sosial anda sendiri, strategi pemasaran ini adalah sangat penting untuk dijalankan untuk meningkatkan lagi followers restoran anda.

9. Reputasi

Tiada apa yang boleh memusnahkan sesebuah bisnes restoran itu melainkan mempunyai reputasi yang buruk.

Kami maksudkan..

..siapa yang nak mengunjungi restoran yang mempunyai review kualiti makanan yang teruk, atau mempunyai serangga dalam masakan?

Anda harus menjaga reputasi anda terutamanya di atas talian dengan memberikan yang terbaik dalam kaedah pemasaran online.

Antara mengekalkan reputasi anda adalah dengan:

  1. Memberi respon kepada pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan.
  2. Memberi info yang baik tentang perkara yang berkaitan dengan restoran anda.
  3. Kualiti servis dan hidangan harus dikekalkan baik sepanjang masa.
  4. Mesra pelanggan.
  5. Berikan senyuman kepada pelanggan.

Ini hanyalah cadangan sahaja, anda boleh gunakan teknik sendiri untuk memantapkan lagi reputasi sebagai komponen penting dalam strategi pemasaran restoran anda.

10. Forum

Ini mungkin salah satu pilihan optional untuk anda lakukan.

Sekiranya anda pernah menyertai mana-mana forum di Internet ini, terdapat pelbagai jenis perbincangan yang berlaku di dalam forum tersebut.

Antaranya adalah berkenaan tempat makan yang menarik di sesuatu tempat.

Di sinilah masanya untuk anda mencadangkan dan mempromosikan nama restoran anda kepada mereka.

Kebiasaannya, forum-forum seperti LowYat atau CariGold, mereka mempunyai thread yang bincang khusus tentang perihal makanan.


Itulah sahaja untuk 10 Strategi yang dapat memukau hati pelanggan untuk datang ke restoran anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin penjelasan lanjut tentang strategi-strategi di atas, jangan segan silu untuk menghubungi kami.

Kami sedia membantu anda.

Anda ingin meletupkan jualan restoran anda? RasaHub.com merupakan platform restoran Malaysia yang wajib anda kunjungi. Kejayaan demi kejayaan dapat dilihat apabila restoran-restoran di platform ini apabila kewujudan restoran mereka disedari ramai dengan melalui Internet. Lihat bagaimana kuatnya pengaruh Internet zaman sekarang. Apa tunggu lagi, cepat-cepat daftarkan restoran anda bersama RasaHub!

Leave a Reply

  1. mus

    terbaik..! terima kasih berkongsi strategi pemasaran. saya baru start niaga, jadi boleh la ikut cara ni. tq

    ada bayaran apa apa ke..modal x cukup lagi

    1. Admin Listing Owner

      Terima kasih atas komen yang diberikan. Hubungi kami sekiranya Mus mempunyai sebarang persoalan tentang cadangan strategi pemasaran yang kami berikan ya. Semoga berjaya 🙂