22 Tempat Makan Menarik di Penang (VIRAL | 2018)

tempat makan menarik di Penang

Kami rasa anda pasti setuju dengan apa yang kami katakan:

Penang boleh digelar sebagai sebuah syurga makanan.

Tapi, terlampau banyak tempat makan di Penang ni.

Macam mana nak pilih?

Sebenarnya memang banyak pun tempat makan menarik di Penang ni, tetapi tidak semuanya terkenal dan gerenti sedap…

…hanya segelintir sahaja yang terbaik dan anda harus pandai mencarinya.

Tetapi jangan risau…kali ini RasaHub ingin membawa anda ke 22 tempat makan yang best di sekitar Penang untuk anda kunjungi.

Terdapat banyak makanan sedap yang kami akan terjah di dalam artikel ni.

Ikan bakar Penang, Roti bakar, Nasi Kandar, Laksa Penang..

.. Dah sedia nak membaca?

Haa..

Jom kita jalan-jalan cari makan di Penang!

Senarai Tempat Makan Menarik Di Penang

1. Restoran Kapitan

tempat makan menarik di Penang
Sumber: Kapitan.my

Apabila anda datang ke Penang, kami jamin anda pasti diperkenalkan dengan Restoran Kapitan oleh rakan-rakan atau keluarga anda.

Menurut laman web mereka, menu istimewa yang mereka tawarkan adalah:

  1. Briyani Claypot
  2. Tandoori Claypot
  3. Ayam Tandoori
  4. Ayam Milani + Set Naan
  5. Almond Milk
  6. Lacopera Nasi Briyani
  7. Nasi Briyani Kambing

Kalau menurut review yang diberikan oleh Mark Wiens (seorang blogger dan vlogger makanan) dari Migrationology, Ayam Tandoori di sini sangat memberangsangkan!

tempat makan menarik di Penang
Sumber: Migrationology

Terletak di Jalan Chulia Georgetown, harga menu yang ditawarkan di sini sedap-sedap dan harganya berpatutan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang menu yang mereka sediakan, anda boleh lihat sini.

Kepada mereka yang berkunjung ke Pualu Pinang, Restoran Kapitan adalah tempat makan yang anda harus datang.

Pelancong luar juga ramai datang berkuntum ke sini untuk menikmati keenakan makanan India dan Pakistan.

Harus diingatkan waktu makan tengah hari restoran ini full house dan mungkin anda perlu menunggu sedikit lama (dalam 20 minit).

Tapi..

Jangan risau..penungguan anda berbaloi dengan keenakan makanan yang disediakan!

Selain di Georgetown, restoran Kapitan juga adalah antara tempat makan best di Seberang Jaya.

Di sini juga menawarkan pelbagai jenis menu yang sama dengan apa yang ada di Georgetown itu.

Review kami ini buat anda kecur air liur?

tempat makan menarik di Penang
Sumber: Kapitan.my

Nak tau apa lagi pengalaman orang lain di sini, ini antara yang anda boleh lihat:

Novaleeza.blogspot

saji.my

mahamahu.com

Apalagi datang sendiri ke Restoran Kapitan Lebuh Chulia ini dan nikmati masakan yang penuh rasa dan bak kata orang Penang, padu.

Rangkaian restoran mereka:

Restoran Kapitan Sdn. Bhd. (HQ)

No. 93, Lebuh Chulia, 10200, Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
+604-2504316 / +604-2641191

Restoran Kapitan Sdn. Bhd. (QB)

89B-G Bayan Bay, Persiaran Bayan Indah Sg. Nibong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
+604- 6463411

Restoran Kapitan Sdn. Bhd. (Gurney)

18-R-G-E, Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang
+604- 2280711

Restoran Kapitan Sdn. Bhd. (Bandar Perda)

G36, Jalan Perda selantan, De’Rendezuous,14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.
+604-539491

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Kapitan | RasaHub

2. Roti Canai Transfer Road

tempat makan menarik di Penang
Sumber: hungryonion.org

Seterusnya..

Rasa lapar selepas bangun pagi?

Sebelum anda memulakan aktiviti jalan-jalan di Penang…

…kami cadangkan anda ke port tempat makan sarapan pagi terbaik di Pulau Pinang untuk caj “bateri” anda.

Tahukah anda:

Tempat ini menyediakan special & famous roti canai George Town, Penang, yang sering dibanjiri pengunjung setiap pagi, iaitu Roti Canai Transfer Road.

tempat makan menarik di Penang
Sumber: Facebook Roti Canai Transfer Road

Lokasi Roti Canai Transfer Road adalah terletak di Jalan Transfer Georgetown.

Kedai ini adalah antara kedai yang sesuai untuk dilawati pada waktu pagi oleh sebab keistimewaan sarapan pagi yang mereka sediakan!

Yang ni anda kena tahu:

Waktu operasi kedai ini adalah dari 8 pagi hinggalah 12 tengah hari.

Bermula dari awal pagi lagi…

…pelanggan sudah mula membanjiri kedai makan ini, terutamanya pada pagi Sabtu dan Ahad.

Sebab itulah kami sarankan anda datang awal atau mungkin anda tidak dapat tempat duduk.

tempat makan menarik di Penang
Sumber: Facebook Roti Canai Transfer Road

Kalau tak dapat tempat duduk..

..Tapaw pun masih berbaloi.

Perkara penting yang perlu diingat:

Jika anda datang ke sini, terus duduk dan pesan makanan..jika tidak anda mungkin menunggu sedikit lama untuk menerima pesanan.

Menurut seorang blogger, Shirleen dari crispoflife.blogspot, kedai Roti Canai Transfer Road ini dipenuhi dengan pelanggan sejak awal pagi lagi. Beliau juga berkata, untuk mencari tempat duduk di sini adalah susah akibat kepadatan pelanggannya.

Baca lagi pengalaman pelanggan di gerai Roti Canai Transfer Road:

hungryonion.org

vkeong.com

inaainaa.com

Harga menu di gerai Roti Canai Transfer road ini adalah:

Roti Bakar Telur Goyang : RM4

Roti Canai Kuah Kari Ayam atau Daging :RM8

..boleh ditambah dengan teh tarik superb mereka..

Maklumat Roti Canai Transfer Road:

Jalan Transfer, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi : 7.30am – 1.30pm, habis dalam pukul 11.30 pada hujung minggu dan cuti umum.

Landmark: Berhadapan Malina Bakary & Nasi Padang Minang

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Roti Canai Transfer Road | RasaHub

3. Hameediyah Restaurant

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Hameediyah Restaurant

Sebuah lagi tempat makan yang sedap di Penang..

..dengan hidangan menu yang pelbagai pastinya dapat menarik minat anda.

Nak tau apa yang makanan sedap di Restoran Hameediyah Nasi Kandar Penang ni?

Murtabak, Ayam Tandoori, Roti Naan Bawang Putih, Kari yang maveles, Nasi Kandar dan Briyani Kambing antara tarikan utama di restoran ini.

Menurut blog kayabuttertoast.com, murtabak di Restoran Hameediyah ini adalah antara highlight yang mereka hidangkan!

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Kayabuttertoast.com

Seorang lagi blogger, Jason dari jjzai.com juga mencadangkan murtabak sebagai menu istimewa yang dihidangkan oleh restoran Hameediyah.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: jjzai.com

Percaya atau tidak:

Kualiti masakan di Hameediyah masih sama setiap kali anda berkunjung..

..dan restoran ini terkenal di kalangan penduduk tempatan.

Kami cadangkan anda datang awal untuk makan tengah hari, atau mungkin perlu menunggu lama.

Harga yang ditawarkan berpatutan..

..dan restoran ini berhawa dingin sepenuhnya.

Menurut blogger Ken, dari kenthuntfood.com, kari kepala ikan yang dijual di sini pun boleh tahan sedapnya dengan kepekatan dan kelikatan kuah yang dihidangkan. Menurutnya lagi, hidangan kari kepala ikan ini harganya RM60 semangkuk yang boleh dimakan oleh 4 orang. Bagi kami, ia sangat berbaloi!

tempat makan menarik di penang
Sumber: Kenhuntfood.com

Pekerja di sini juga ramah belaka, membuatkan anda rasa ingin datang lagi..

..jika anda datang melancong ke Pulau Pinang, singgahlah ke sini.

Kami beri jaminan anda tidak akan menyesal.

Ayam Tandoori dan tikka sangat sedap dan dagingnya empuk, cukup berperisa.

Cubalah juga menu lain seperti rendang daging yang dan murtabak. Rata-rata menunya semua sedap belaka.

Ada satu lagi cawangan Restoran Hameediyah yang baru sahaja di buka di Seberang Jaya. Boleh lihat di sini.

Maklumat Restoran Hameediyah

Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 10a.m.–10:30p.m.
No. Tel: +60 4-261 1095

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Hameediyah Restaurant | RasaHub

4. Coffee Affair

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Coffee Affair

Kafe kopi ini terletak di Lebuh Bishop menawarkan pelbagai menu kopi dan makanan barat.

Jika anda penggemar kopi, kafe ini wajib anda kunjungi.

Anda pasti teruja mengambil selfie di sini kerana suasana restoran yang menarik dengan dekorasi yang comel.

Antara lokasi makan yang santai untuk anda, kawan-kawan dan hali keluarga berkumpul.

Nak tau apa menu yang best di sini?

Antara menu di sini yang patut anda cuba adalah Mocha dan Kopi Madu Liar.

Anda boleh lihat pelbagai lagi menu yang dipetik dari blog springtomorrow.com:

Sumber; springtomorrow.com

Kami jamin sememangnya berbaloi dengan setiap sen yang anda bayar.

Selain kopi yang yummy menu lain seperti pasta, risoto dan pelbagai masakan laut tidak kurang hebatnya.

Menurut blogger Ken dari kenhuntfood.com, harga French Crepe di bawah adalah RM15.90. Berbaloi dan nampak sedap! Walaubagaimanapun, menurut beliau, crepe ini adalah agak liat dan agak menyukarkan untuk dimakan. Anda pernah cuba? Mungkin boleh berikan komen anda.

Yang paling penting, portion banyak beb!

Ini adalah antara perkongsian pengalaman oleh para pelanggannya di Facebook Coffee Affair.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Coffee Affair

Mungkin anda perlu berkongsi dengan rakan untuk menghabiskan pasta yang anda pesan.

Maklumat Coffee Affair

21 Lebuh Bishop, Georgetown, 10200 Pulau Pinang, Malaysia
Tel: +60 4-261 4060
Facebook page: https://www.facebook.com/Coffeeaffairs
Waktu Operasi: 11.00am – 12am setiap hari

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Coffee Affair | RasaHub

5. Jawi House Cafe & Gallery

tempat makan menarik di Penang_RasaHub

Restoran nasi kandar sememangnya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan di Penang.

Untuk kelainan, kami cadangkan anda mencuba masakan masyarakat Jawi Peranakan yang asli di restoran Jawi House Cafe & Gallery, Armenian Street.

Salah sebuah tempat makan menarik dan unik di Penang ni.

Inilah keunikan restoran ini:

Selain menu asli Jawi Peranakan yang enak dengan portion yang banyak, dekorasi di dalam kedai makan ini dipenuhi hasil seni klasik memberi suasana terbaik untuk menikmati juadah tradisi.

Mereka menyediakan antara hidangan melayu klasik yang terbaik di sepanjang jalan yang penuh sejarah ini. Merekaj juga berkata hidangan melayu klasik mereka tidak boleh ditandingi dengan mana-mana restoran di Penang ni! Nak tau kenapa, boleh baca tentang mereka di sini.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub

Jika anda memerlukan cadangan menu apa yang perlu dipesan jangan segan untuk bertanya kepada para pekerja di sini ramah-ramah.

Antara Jawi House Cafe & Gallery menu yang patut anda cuba adalah Nasi Lemuni dengan Kari Ayam dan kuih tat lemon.

Menurut blogger Eugene dari eugenegoesplaces.com, nasi lemuni sini adalah hidangan yang terbaik dan tersedap yang mereka sediakan. Beliau juga bercerita dengan teliti kesedapan nasi ini dalam blog beliau.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: eugenegoplaces.com

Boleh lihat menu penuhnya di sini.

Maklumat Jawi House Cafe & Gallery

Alamat: 85, Lebuh Armenian, George Town, 10200 Penang Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 11a.m.–10p.m.
No. Tel: +60 4-261 3680

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Jawi House Cafe & Gallery | RasaHub

6. Nurul Ikan Bakar (Hammer Bay)

tempat makan menarik di Penang_RasaHub

Jika anda sedang mencari restoran ikan bakar yang sedap di Penang..

..anda boleh mencarinya di sekitar kawasan Queensbay Mall.

Kawasan ini dikenali sebagai tempat makan menarik di Penang pada waktu malam kerana di sebelah malam..

..tempat ini sentiasa dibanjiri oleh pengunjung bukan sahaja dari Penang, tapi dari seluruh Malaysia!

Apa yang menarik di sini:

Terdapat beberapa buah restoran ikan bakar di sini.

Namun kami sarankan anda cuba Nurul Ikan Bakar.

Lokasi restoran terbuka untuk masakan laut segar paling popular di Penang.

Suasana nyaman dan santai di tepi menambah feel untuk anda menikmati keenakan ikan bakar.

Selain ikan, anda juga boleh memilih kerang, ubang, sotong dan ketam…Semuanyanya segar-segar belaka.

Jika anda alah kepada makanan laut, anda juga boleh memilih untuk menjamu masakan Barat seperti kentang goreng dan steak.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Nurul Ikan Bakar

Konsep di sini seperti food court dan Nurul Ikan Bakar adalah yang terbaik di antara semuanya.

Tidak mahu ikan bakar?

Jangan risau anda juga boleh memilih menu Nurul Ikan Bakar yang lain yang sedap seperti tom yam, tiga rasa, masak stim limau, butter prawn, sotong tepung goreng dan sotong kangkung..

Hidangan di sini pasti membuatkan anda berpuas hati.

Tambahan pula harganya yang tidak terlalu mahal biarpun ia terletak di kawasan Queensbay Mall.

Pelbagai menu masakan ala Thai boleh turut dicuba di sini selain ikan bakar yang menjadi hidangan utama.

Apa lagi yang ada:

Anda boleh memilih ikan samada pari, siakap, kembung ataupun beberapa jenis ikan lain lagi sebagai hidangan ikan bakar anda.

Seorang penulis blog, Harrizam dari harrizam.blogspot mengatakan, termasuk ikan siakap yang beliau pesan seperti gambar di bawah, sotong, tomyam,sayur dan telur, harga keseluruhan yang mereka bayar hanyalah RM130. Sangat berbaloi!

tempat makan menarik di Penang
Sumber: harrizam.blogspot.com

Tomyam di sini juga tidak kurang hebatnya di tambah pula dengan udang goreng butter yang turut menjadi sebutan.

Restoran ini turut menyediakan ruang makan yang santai di sebelah luar di mana ianya terletak di bawah redupan pepohon.

Anda boleh memilih untuk duduk di sebelah luar sambil menikmati angina sepoi – sepoi bahasa yang sangat nyaman serta menyegarkan di samping dapat menghirup udara segar.

Kami sarankan anda datang sebelum pukul 6 petang untuk cop tempat duduk kerana selepas waktu itu kawasan ini dipenuhi penggemar makanan laut. Dibuka setiap petang hingga malam.

Dapati pelbagai lagi penulisan pengalaman pelanggan Nurul Ikan Bakar Penang ini:

makan2food.blogspot

alliefoodtalk.com

Maklumat Nurul Ikan Bakar

Alamat: 32, Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Dua Bukit, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia

No. Tel:+60 17-766 502

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Nurul Ikan Bakar (Hammer Bay) | RasaHub

7. Laksa Pokok Janggus

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Laksa Pokok Janggus

Rasa tidak lengkap jika ke negeri Utara namun tidak dapat merasai keenakan salah satu makanan sedap di Penang ni iaitu:

Laksa.

Di Pulau Pinang, tempat makan best untuk laksa yang anda boleh nikmati adalah Laksa Janggus.

Ini lokasinya:

Kedai makan ini terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang..

..menyajikan laksa Utara yang ternyata begitu memikat hati.

Laksa yang dihidangkan bersama kuah laksa yang pekat, serta sayuran dan pucuk janggus..

..tak lupa juga telur rebus yang dihidangkan bersama cukup mengenyangkan para pengunjung.

Harganya pula tidaklah mahal.

Menurut seorang penulis blog, Wahida di Wahidayatulaswa.blogspot, harga untuk semangkuk laksa special adalah RM3.00 manakala yang biasa pula adalah RM2.50.

Selain laksa:

Kedai makan ini turut menghidangkan bihun sup buat para pelanggannya..

..bihun sup utara menjadi pilihan kebanyakan kanak-kanak yang sememangnya tidak boleh menjamu selera hidangan yang agak pedas.

Selain laksa serta bihun sup..terdapat juga pisang goreng yang begitu rangup serta manis sentiasa menjadi pilihan bersama.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Laksa Pokok Janggus

Anda juga boleh mencuba ABC yang disajikan di sini, ternyata cukup manis dan lemak ABC yang dihidangkan..

..Kedai makan ini terletak di hadapan rumah pemilik kedai makan ini.

Dengan suasana kampungnya..

..membuatkan anda dapat menikmati hidangan di sini dengan penuh santai dan rileks jauh dari kesibukan kota.

Biarpun lokasi warung ini agak jauh dari Bandar Pulau Pinang, namun pelanggan setia Laksa Pokok Janggus sanggup memandu jauh semata – mata untuk menikmati hidangan laksa di sini.

Maklumat Laksa Pokok Janggus

Alamat: 338, MK1, Kampung Perlis,11000 Balik Pulau,Pulau Pinang.
No. Tel: 04-866 8819 / 019-566 7061 / 012-472 8819
Waktu Operasi: 3.30pm – 8pm (Tutup hari Rabu)

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Laksa Pokok Janggus | RasaHub

8. Astaka Taman Tun Sardon 

Astaka bukan sebarang astaka..

Astaka di sini menyediakan pelbagai hidangan menarik.

Jika anda tercari – cari kedai makan best untuk sarapan pagi sedap di Penang semasa berkunjung di sini, singgahlah di Astaka Taman Tun Sardon.

Astaka ini sering dikunjungi oleh penduduk Pulau Pinang yang gemar mendapatkan sarapan di sini.

Selain berdekatan dengan kawasan perumahan, harga makanan yang rendah membuatkan ramai yang gemar mendapatkan  makanan di sini samada dibungkus atau makan di kedai.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Astaka Taman Tun Sardon

Pengunjung yang datang ke sini tidaklah hanya golongan Melayu, namun kaum Tionghua serta masyarakat India juga turut menjamu selera di sini.

Pelbagai menu yang wajib anda cuba di sini.

Anda pernah dengar serabai mat gebu?

Haa.. Di sini, antara menu yang sering menjadi pilihan di sini adalah menu serabai yang dihidangkan bersama kaya.

Nak tau apa itu serabai, anda boleh baca di sini resepi yang digunakan.

Berkemungkinan anda tidak akan cukup dengan hanya sekeping serabai, malah mungkin menambahnya hampir 3 keping serabai.

Selain serabai, anda juga perlu mencuba pelbagai jenis sandwich iaitu..

..sandwich ketam, sandwich daging lada hitam, sandwich ayam dan pelbagai sandwich lagi.

Sandwich ini mempunyai inti daging, ayam atau ketam di dalamnya..dan diluarnya pula ia diselaputi telur yang dibakar bersama.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Astaka Taman Tun Sardon

Serabai dan sandwich merupakan hot menu di sini dan sering menjadi pilihan para pengunjung.

Jika anda inginkan hidangan nasi untuk sarapan pagi, anda boleh mencuba Nasi Lemuni yang dihidangkan bersama lauk – pauk serta sambalnya yang sedap.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Rebeccasaw.com

Jangan terkejut pula jika melihat Nasi Lemuni ini berwarna kehitaman, kerana daun lemuni yang digunakan menjadikan nasi tersebut berwarna hitam.

Menurut penulis blog di Rebeccasaw.com, harga nasi lemuni seperti gambar di atas hanyalah berharga RM1 ! Murah kan?

Bukan setakat itu sahaja, beliau juga berkata dalam blog beliau, rasa dan bau nasi lemuni adalah seakan-akan nasi lemak.

Betul ke? Anda kena cuba sendiri.

Jika anda tidak berminat dengan mana-mana hidangan di atas, anda pun boleh cuba roti jala yang digelar roti jala Taman Tun Sardon. Boleh tahan sedapnya!

Maklumat Astaka Taman Tun Sardon

Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang, Malaysia
Waktu Operasi: 7.30 – 1.30
No. Tel: +60 16-477 8425

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Astaka Taman Tun Sardon | RasaHub

9. Cargas Café 

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Cargas Cafe

Nasi kandar sememangnya sangat popular di negeri sebelah utara.

Lebih – lebih lagi di Pulau Pinang, ternyata banyak restoran serta gerai-gerai menyajikan hidangan nasi kandar..

..sudah tentu ianya antara makanan sedap di Penang yang anda patut cuba!

Bagi pekerja – pekerja sektor perkilangan yang terletak di Bayan Lepas, Cargas Café Bayan Lepas sentiasa menjadi pilihan dan tidak asing bagi mereka.

Menu istimewa kafe ini adalah sotong sambal, kari ikan serta ayam gorengnya yang rangup serta mengharumkan hingga menusuk kalbu para pelanggannya.

Jika anda datang ke sini:

Pastikan dapatkan ayam gorengnya dulu!

Ayam gorengnya yang garing sentiasa menjadi rebutan para pelanggannya sehinggakan ada yang terpaksa menunggu ayam digoreng semula jika telah kehabisan stok.

Menurut blogger Harrizam dari harrizam.blogspot, beliau juga terpaksa beratur panjang kerana ayam gorengnya habis dengan cepat!

tempat makan menarik di Penang
Sumber: harrizam.blogspot

 

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Cargas Cafe

Waktu operasi Cargas Cafe adalah 9.30 pagi hingga 4 petang.

Apa anda kena tahu sebelum pergi:

Rata – rata lauk yang disediakan akan habis sekitar jam 2.00 petang dan jika anda tiba ketika jam 2.00 petang, ternyata lauk – pauk yang menjadi kegemaran telah pun habis terutama sekali ayam goreng berempahnya yang sedap dan sangat rangup.

Jika ingin menjamu selera di sini, sila datang awal ya jika takut kehabisan. Datang lewat takut melepas !

Maklumat Cargas Cafe

Alamat: 978, Main Road, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 9.30AM – 4.30PM
No. Tel: +60 16-423 6392

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Cargas Cafe | RasaHub

10. Restoran Sup Hameed 

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Restoran Sup Hameed

Semasa anda berada di Pulau Pinang, jangan lupa mencuba keenakan sup yang dihidangkan di Restoran Sup Hameed.

Ia adalah antara tempat makan yang menarik, menyediakan sup sedap di Penang!

Lebih – lebih lagi sewaktu musim hujan dan sejuk.

Kepanasan sup yang dihidangkan mampu memanaskan tubuh anda yang kedinginan.

Antara sup yang disediakan di sini adalah sup ayam, sup daging dan sup kambing.

Restoran ini telah mendapat gelaran sebagai best soup in town yang telah diberikan oleh para pelanggannya.

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Restoran Sup Hameed

Sup yang dihidangkan boleh dimakan bersama roti benggali ataupun boleh dihirup begitu sahaja.

Rempah ratus asli dengan rahsia tersendiri membuatkan sup ini lain dari yang lain..

..serta keenakkannya tidak boleh ditandingi oleh restoran lain.

Menurut blogger di youandipenang.blogspot, restoran Sup Hameed ini menghidangkan pelanggannya sup torpedo. Bunyi macam menarik!

Sup ini begitu terasa rempahnya dan kuahnya yang pekat membuatkan pelanggan sentiasa mengagumi sup di sini.

Untuk pengetahuan anda:

Restoran ini dimiliki oleh seorang Muslim berketurunan Mamak..

..dan telah menjalankan perniagaan sup ini berpuluh – puluh tahun lamanya dan masih mengekalkan rasa yang sama bagi setiap hidangannya.

Boleh lihat lagi pelbagai review yang diberikan oleh laman web seperti TripAdvisor tentang restoran Sup Hameed ini.

Waktu operasi Restoran Sup Hameed adalah dibuka 24 jam sehari. Jadi, bila-bila anda ingin rasa soup famous mereka, bolehlah datang pada bila-bila masa yang anda tidak sibuk.

Maklumat Restoran Sup Hameed

48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 24 Jam
No. Tel: +60 4-261 8007

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Sup Hameed | RasaHub

11. Restoran Idrus Ikan Bakar, Bayan Lepas

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Idrus Ikan Bakar

Lokasi restoran Idrus Ikan Bakar adalah terletak berhampiran dengan jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Bayan Lepas.

Di sekitar restoran Idrus Ikan Bakar ini..terdapat pelbagai lagi jenis restoran yang menyediakan ikan bakar popular di Pulau Pinang.

Namun begitu, kami ingin membawa anda ke restoran ini atas sebab keunikan hidangan yang mereka sediakan.

Menurut laman web mereka, Restoran Idrus Ikan Bakar menyediakan makanan ala-ala thai seperti masakan panas ala-thai yang istimewa seperti tomyam, masakan bergoreng, sup, masakan bercili dan sebagainya.

Di sini, antara menu Idrus Ikan Bakar yang terkenal selain daripada ikan bakar adalah, kerang bakar, udang butter, sup sayur dan juga ketam masak lada.

Seorang blogger, Azim Ashaary dari azimashaary.blogspot mengatakan bahawa udang butter di sini sangat berbaloi! Saiznya yang besar dan segar tidak setanding dengan murahnya harga udang tersebut. Katanya lebih baik dari Restoran Pen Mutiara. Betul ke?

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: azimashaary.blogspot

Nak tau tak..

.. orang kata, di sini hidangan yang disediakan adalah sangat segar, dan masakannya pula di masak dengan penuh teliti.

Bagi anda yang pernah sampai di sini, seperti apa yang blogger Azim Ashaary cakap, anda wajib cuba udang butter yang mereka sediakan.

Udangnya sangatlah segar dan besar. Berbaloi sungguh!

Nak rasa ikan bakar istimewa mereka?

Jom ke Restoran Idrus Ikan Bakar !

Maklumat Restoran Idrus Ikan Bakar

No. 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,, Lebuh Raya Bayan Lepas., 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
Waktu Operasi: 5p.m.–1:30a.m.
No. Tel: +60 12-452 8858

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Idrus Ikan Bakar | RasaHub

12. Warung Pak Su

tempat makan menarik di Penang_RasaHub
Sumber: Facebook Warung Pak Su

Warung Pak Su terletak berdekatan Simpang Ampat ke Kuala Juru..

..restoran ni memang terkenal di kalangan masyarakat Penang yang gemarkan Mee Ketam Sungai Dua.

Selain itu, mee udang Warung Pak Su ini juga boleh tahan sedapnya.

Di Warung Mee Ketam Pak Su ni ada jual bermacam-macam jenis makanan.

Yang paling special ialah:

Mee Udang/ Ketam dan Nasi Goreng Udang/Ketam.

Rasa kuah dia memang marvelous, sedap dan manis isi ketam tu sebati dengan kuah..

..ditambah pulak dengan sedikit perahan limau, perfect!

tempat makan menarik di Penang
Sumber: pondokajip.blogspot

Seorang blogger dari Pondokajip.blogspot, Razzif Yahaya memberikan pendapat beliau tentang hidangan ketam pak su ini:

Tergolek dalam pinggan. Memang sedap. Kuah ketam tu pun sedap. Saya kalau order Nasi Ketam, jarang order benda lain. Sebabnya dah cukup. Rasanya dah best sampai tak perlu ada makanan yg lain. Sedap dimakan begitu saja? Saya suka hirup kuah ketam tu. Nasinya, nasi putih biasa. Apa saya suka buat ialah banjirkan nasi tu dgn kuah ketam. Baru best.

Saffuan Jaafar dari saffuanjaffar.blogspot juga memberi pendapat yang lebih kurang sama, iaitu tentang kesedapan mee ketam yang dihidangkan oleh Warung Pak Su ni.

Tempat Makan menarik di penang
Sumber: saffuanjaffar.blogspot

Blogger Cik Puan Rann dari rempitkehidupan.my juga memberikan pendapat yang sama tentang kesedapan mee ketam Warung Pak Su!

Haa.. Semua recommend menu yang sama, anda bila nak cuba di sini?

Restoran dibuka dari 12.00 tghari hingga ke 10.30 mlm setiap hari (Khamis tutup).

Maklumat Warung Pak Su

385, Mk 12, Bagan Nyiur Juru, Bukit Mertajam, 14100, Simpang Ampat, Pulau Pinang, 14100, Malaysia
Waktu Operasi: 12PM – 10.30PM
No. Tel: +60 12-409 0771

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Warung Pak Su | RasaHub

13. Restoran Fais 

tempat makan terbaik di penang
Sumber: Facebook Restoran Fais

Sesiapa yang tinggal di sekitar Seberang Perai pastinya mengenali Restoran Fais yang terletak di Permatang Pauh ni.

Pelbagai hidangan disediakan terutamanya Western Food dengan harga berbaloi, portion besar dan pastinya sedap!

Kalau 3 ciri tersebut yang dicari..

..maka tempat inilah yang patut dipilih.

Restoran Fais ini juga menerima banyak review positif dari pelanggan mereka. Lihat screenshot di bawah. Dipetik dari Facebook mereka.

Tempat makan menarik di Penang
Sumber: Facebook Restoran Fais

Anda pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda pada link di bawah!

Restoran beroperasi pada setiap hari dari pukul 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam..

Kedai ditutup pada setiap hari Ahad.

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Fais Brasserie | RasaHub

14. Nasi Kandar Deen Maju

tempat makan terbaik di penang
Sumber: hungryonion.org

Siapa yang tak kenal Nasi Kandar Deen Maju maknanya dia belum pernah sampai ke Penang lagi.

Restoran ini baru sahaja ditubuhkan 4 tahun yang lalu tetapi namanya sudah meletup di mana-mana, terutamanya bagi warga penang.

Terletak di Jalan Gurdawa, restoran ini adalah antara restoran nasi kandar yang popular di Penang.

Bagi yang tidak biasa mungkin terkejut:

Barisan yang panjang dibawah sinaran matahari mula terbina sejak pada pukul 4 lagi! Kadang-kadang, restoran ini belum buka lagi sudah ada orang yang beratur.

tempat makan terbaik di penang
Sumber: hungryonion.org

Sangat jarang warga Penang ingin beratur di tengah-tengah panas, tetapi di restoran Deen Maju ini berbeza auranya sampai pelanggan setia mereka sanggup berjemur untuk mendapatkan nasi kandar mereka!

Seorang blogger dari Hungryonion, Peter, mencadangkan 3 cara bagaimana anda ingin dapatkan nasi kandar di Deen Maju:

  1. Beritahu pelayan tersebut jika anda inginkan nasi tomato atau nasi putih.
  2. Tunjuk apakah hidangan yang anda inginkan pada nasi tersebut. (Terdapat pelbagai jenis kari yang anda boleh pilih, pastikan anda memilih sesuai dengan perut anda!)
  3. Pelayan tersebut akan saluti nasi anda dengan kuah pilihan anda. Pelayan yang baik adalah mereka yang pandai membuat pertimbangan berapa banyak kuah yang diperlukan daripada setiap hidangan kari tersebut. Campuran daging lembu, ayam, udang dan ikan menjadikan lauk tersebut nampak menyelerakan.

Menurut seorang lagi blogger dari crispoflife.blogspot cerita pengalaman beliau di dalam blognya. Mereka memesan 3 mangkuk nasi, 7 jenis lauk, 1 teh tarik dan 1 air kosong dan kesemuanya berharga RM26.70. Berbaloi kan?! Gambarnya di bawah.

tempat makan menarik di Penang
Sumber: crispsoflife.blogspot

Anda pasti terliur apabila tengok karinya yang pekat lagi likat itu.

Nak try?

Haa, cepat-cepat datang ke sini.

Ingat:

Datang awal untuk mengelakkan daripada barisan beratur yang panjang.

Maklumat Restoran Nasi Kandar Deen Maju

598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 24 jam
No. Tel: +60 4-657 5285

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Nasi Kandar Deen Maju | RasaHub

15. Medan Selera Padang Brown

Medan Selera Padang Brown adalah tempat makan best yang anda patut kunjungi ketika anda berada di Penang.

tempat makan menarik di penang

Terdapat lebih kurang 15 buah gerai yang menjual pelbagai jenis masakan tempatan yang istimewa di sini.

Nak tau apa makanan sedap di sekitar Padang Brown ni?

Anda WAJIB cuba pasemburnya!

Ini adalah antara yang menjadi pilihan hidangan pasembur tersebut:

Bebola ikan, daging, sayur yang dihidangkan ala-ala yong tau fu adalah menu yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini.

Selain itu juga, salah satu gerai yang terkenal dengan hidangan pasemburnya adalah gerai yang dinamakan Ghani.

Gerai ini menarik perhatian setiap pengunjungnya..dengan kepelbagaian jenis bahan pasembur yang diletakkan di hadapan gerai mereka.

Apa yang menarik di sini?

Pelbagai jenis bahan yang boleh dipilih..

..seperti cucur udang, bebola ikan, sosej, sotong dan sebagainya.

tempat makan menarik di penang

Sekiranya anda sudah memilih bahan yang anda mahukan, bahan-bahan tersebut akan dipotong ke saiz yang lebih kecil sebelum dihidangkan bersama anda.

Menarik bukan?

Anda juga boleh cuba sup yang pelbagai di Padang Brown ni.

Jika anda belum pernah ada pengalaman untuk merasai pasembur di Pulau Pinang, maka di sinilah tempat yang anda harus kunjungi.

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman andaMedan Selera Padang Brown | RasaHub

16. Restoran Pen Mutiara

tempat makan best di penang: pen mutiara
Sumber: Facebook Pen Mutiara

Restoran Pen Mutiara adalah sebuah restoran melayu yang terletak di Batu Maung, Penang, berhampiran Wisma Nelayan.

Ia adalah salah sebuah restoran yang terkenal di sekitar Pulau Pinang dengan hidangannya kari kepala ikan.

Apa yang buat ia lagi menarik adalah, ikan yang mereka hidangkan adalah segar ditangkap dan dihantar ke restoran mereka!

Dari segi harga:

Harga makanan di Restoran Pen Mutiara tidaklah semahal seperti apa yang dapat dilihat dari segi persekitarannya.

Walaupun dengan suasana yang eksklusif untuk para pelanggannya..

..harga secara puratanya hanyalah RM60 sekepala.

Makanan yang dihidangkan pula adalah sangat berpuas hati.

Bukan hanya setakat rasa..tapi saiz hidangannya juga cukup mengenyangkan!

Mereka juga mempunyai satu lagi cawangan di Butterworth, Pulau Pinang.

Haa apa lagi? Jom pergi ke Restoran Pen Mutiara!

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Pen Mutiara | RasaHub

17. Wellesley Coffee Joint

tempat makan best di penang: wellesley coffee joint
Sumber: Facebook Wellesley Coffee Joint

Wellesley Coffee Joint menyediakan tempat yang selesa dengan pelbagai makanan Western seperti Asian Fusion, Western, Pasta, Burger & Sandwich serta Fish dish.

Ini menu pilihan ramai:

Antara Coffee & Espresso yg disediakan oleh barista berpengalaman ialah Latte, Espresso, Mocha, Caramel Latte, Hazelnut Latte, Affogato dan Matcha green tea.

Coffee yang disediakan dari bijih kopi yang berkualiti dan setaraf Starbuck pada harga yang berpatutan.

Pelbagai jenis makanan yang ditawarkan akan memenuhi selera anda.

Anda boleh menikmati kopi yg berkualiti dan beraromatik segar..

..sambil berbual dengan kawan-kawan mahu pun keluara.

Bagi penggemar kopi, apa lagi jom pakat mai dan nikmatilah keenakan makanan dan minuman serta layanan yang mesra alam di restoran ini !

Waktu Operasi : Setiap hari (12.00 pm – 11.00 pm)

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Wellesley Coffee Joint | RasaHub

18. Restoran Ida Mee Udang

Tempat makan best di penang: restoran ida mee udang
Sumber: Facebook Restoran Ida Mee Udang

Restoran Ida Mee Udang Sungai Dua menyediakan hidangan seperti Mee Udang special, Mee Ketam special, Nasi Goreng Udang atau Ketam dan lain-lain masakan panas.

Nak tau apa yang lagi menarik?

Di Restoran Ida Mee Udang Sungai Dua Original terdapat 3 jenis udang iaitu udang kertas atau udang laut, udang galah dan udang bela atau udang kolam.

Pelanggan boleh pilih sendiri jenis udang yang diingini.

Anda mesti tertanya,

“Harga udang semua sama ke?”

Oh tidak, harga berbeza mengikut jenis udang..

..jadi kami sarankan anda memilih udang laut kerana ia udang yang paling sedap dan manis.

Isinya lebih lembut dan berbeza dengan udang galah, isi udang galah lebih kenyal sedikit, walaubagaimana pun dua-dua memang sedap dimakan.

Haa…

Apa lagi, pakat-pakat mai cuba nanti naa ?

Ruang parking disediakan bagi kemudahan pelanggan dan restoran dibuka setiap hari dari jam 12.30 tghari hingga 12.30 mlm kecuali tutup pada hari Selasa.

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Ida Mee Udang | RasaHub

19. Restoran Nelayan Kuala Juru

Tempat makan sedap di Penang: Restoran nelayan kuala juru
Sumber: Facebook Restoran Nelayan Kuala Juru

Restoran Nelayan Kuala Juru nie menghidangkan pelbagai menu seperti Mee Udang/Ketam, Nasi Goreng Udang, Kari Udang, Nasi Goreng Padprik, Ikan Bakar dan pelbagai lagi masakan panas.

Masakan berasaskan ketam amat popular dan merupakan menu utama pilihan pelanggan kalau singgah makan kat sini.

Bagi anda di luar sana yang ingin merasai sendiri keenakkan ketam ni bolehlah datang bersama keluarga ke Restoran Nelayan Kuala Juru.

Restoran yang sangat popular di Kampung Kuala Juru.

Bukan sahaja di Juru, ia adalah salah satu tempat makan yang best untuk anda cuba di sekitar Seberang Perai.

Restoran dibuka dari jam 12.00 tghari hingga ke 11.00 mlm (Tutup pada hari Selasa).

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Nelayan Kuala Juru | RasaHub

20. Restoran Mutiara Bonda

tempat makan sedap di penang: facebook mutiara bonda
Sumber: Facebook Mutiara Bonda

Restoran Mutiara Bonda ini terkenal dengan masakan Melayu tradisional, Kari Kepala Ikan Berasap dengan resepi tersendiri dan rempah ratus terpilih .

Cuba dan rasailah pelbagai masakan yang sentiasa dihidangkan panas-panas dan sentiasa segar .

Keenakan yang tersendiri menjadikan masakan-masakan di restoran ini antara pilihan popular pelanggan.

Dengan suasana yang selesa pasti menjanjikan setiap citarasa anda dipenuhi .

Jangan sesat:

Sesiapa yg bertandang ke Juru harus mencuba restoran ini yang terletak di lokasi mudah iatu di Auto City Juru bersebelahan Amway.

Buka 11.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman anda: Restoran Mutiara Bonda | RasaHub

21. D’Fiesha Corner Steamboat & Grill Buffet

tempat makan menarik di penang: D'Fiesha Corner
Sumber: Facebook D’Fiesha Corner

D’Fiesha Corner Steamboat & Grill Buffet di Bandar Putra Bertam adalah sebuah restoran steamboat yang dikenali ramai di daerah Kepala Batas ni.

Apa yang speselnya restoran ini adalah:

Variasi jenis ikan dan perapan daging. Pelbagai jenis sayuran untuk melengkapi hidangan anda. Tetapi yang paling penting, kesemuanya adalah segar-segar belaka!

Anda boleh makan tanpa had dan pasti membuatkan anda akan datang ke sini lagi !

Highlight:

Yang menariknya bayaran di atas adalah untuk semua pilihan steamboat, minuman dan ais krim (satu setiap orang).

Oh tetapi..

..seperti restoran-restoran steamboat yang lain, bayaran untuk minuman adalah dibuat asing.

Anda perlu tahu:

Restoran D’Fiesha ini sering dikunjungi oleh orang ramai.

Jadi bagi yang ingin datang ke sini, datanglah awal atau anda terpaksa menunggu lama untuk meja anda!

Restoran dibuka dari jam 4.00 ptg hingga 12.00 mlm setiap hari.

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman andaRestoran D’Fiesha Corner Steamboat | RasaHub

22. Restoran Nasi Kandar Pelita

tempat makan sedap di penang: nasi kandar pelita
Sumber: Facebook Nasi Kandar Pelita

Hari ini, Nasi Kandar Pelita masih menggunakan resipi usia tua yang sama dinikmati oleh generasi sebelum ini untuk menyampaikan hidangan lazat tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan Malaysia yang unik.

Anda mesti tertanya,

“Nasi Kandar Pelita ni ada banyak branch kan?”

Ya betul..

..Nasi Kandar Pelita juga adalah rangkaian nasi kandar terbesar di Malaysia. Ia mempunyai hampir 20 buah rangkaian!

Ia juga adalah tempat makan terbaik di Penang ni dari segi menu nasi kandar yang mereka hidangkan!

Jika anda sudah biasa ke restoran nasi kandar, mungkin anda dapat membezakan yang manakah nasi kandar sedap atau yang tidak sedap.

Tetapi, di restoran Nasi Kandar Pelita Penang ini, kami jamin akan kualitinya!

Nak tau apa yang best di sini?

Salah satu menu yang anda patut cuba adalah ayam goreng madu dan nasi kuah campurnya! Pergh, superb kami katakan!

Belum pernah sampai Nasi Kandar Pelita lagi? Haa bolehlah datang sekarang! Terdapat banyak rangkaian mereka di sekitar Penang ni.

Selamat mencuba!

Pernah sampai di sini? Kongsikan pengalaman andaRestoran Nasi Kandar Pelita | RasaHub


Nah 22 lokasi tempat makan best di Penang yang patut anda cuba jika datang berkunjung ke sini.

Ada banyak lagi makanan sedap di Penang ni..buat masa sekarang, kami berikan anda yang ni sahaja dulu.

Jadi, sekiranya anda ingin kunjungi Penang dalam masa terdekat ni, anda WAJIB datang salah satu restoran yang kami cadangkan ni. Berbaloi!

Itu sahaja cadangan daripada kami. Di bawah disertakan peta untuk membantu anda navigasi ke tempat-tempat yang kami senaraikan di dalam artikel ini.

Berikan Komen Anda

  1. Nurul Aisya

    Saya suka cara awak terangkan setiap satu tempat makan with the price.I really like it. Saya boleh rancang budget for the trip. Thank you dear!

    1. AdminListing Owner

      Hi Nurul Aisya,

      Terima kasih atas komen yang diberikan. Ia sangat-sangat membantu kami untuk memperbaiki dan memperbaguskan lagi penulisan kami. Kalau ada sebarang persoalan, boleh tanya kepada kami ya 🙂